1 of IPOH largest Precision Engineering Company

Call us

+605-362 1388

Emai us

info@mmisb.com

Operation Hours

Mon - Fri 9am - 6pm

Anak syarikat MMIS beli tanah, bangunan perindustrian di Perak bernilai RM11.5 juta

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Anak syarikat milik penuh MMIS Bhd, Multi Mould Industries Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Foong Kim Yen and Sons Engineering Works Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah perindustrian berkeluasan kira-kira 40,054 meter persegi serta bangunan di Kawasan Perindustrian Pengkalan II, Perak bernilai RM11.5 juta.

 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MMIS berkata pembelian itu akan dilaksanakan keseluruhannya secara tunai, yang akan dibiayai melalui gabungan dana dan/atau pinjaman yang dijana secara dalaman.

 

Bagaimanapun, katanya, pecahan pembiayaan itu belum dimuktamadkan buat masa ini. Katanya cadangan pembelian itu membentuk sebahagian daripada strateginya untuk meningkatkan pengeluaran yang beroperasi pada kapasiti penuh di kemudahan sedia ada.

 

“Hartanah itu telah dikenal pasti memandangkan lokasinya yang berhampiran fasiliti sedia ada kumpulan dan mempunyai bangunan kilang sedia ada yang boleh dimanfaatkan untuk menempatkan jentera dan penyimpanan baharu,” katanya. — BERNAMA

 

Source : BERNAMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *